Taktik Baru Ah Long Tabur ‘Wang’ RM50

Posted by Sosej Roll Blog


Peminjam wang haram atau ah long kini dilihat mempunyai cara baru yang licik bagi menarik perhatian mangsa.
Mungkin disebabkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semakin giat menjalankan operasi mencabut dan menanggalkan iklan haram mereka di papan tanda dan pokok, kini mereka menggunakan cara dengan menabur kad tertera nombor telefon di lokasi tertentu.
Kad yang dicetak pada kertas menyerupai wang RM50 itu pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana menyangka mereka terjumpa wang yang dicicirkan sesiapa.
Bagaimanapun setelah diambil, rupa-rupanya ia hanyalah kad yang mengandungi nombor untuk dihubungi sekiranya mereka mahu membuat pinjaman wang.
Justeru, Mynewshub meminta semua orang agar tidak tertipu dengan taktik ah long ini.
Sesungguhnya meminjam wang daripada ah long bukan sahaja menyalahi undang-undang negara malah haram di sisi agama kerana sistem riba melampau yang dikenakan mereka umpama lintah yang akan menghisap darah mangsa di kemudian hari. 

Related Post



Post a Comment