“Muhammad Ali Atau Aishah Nama Anak Kami”

Posted by Sosej Roll Blog


Seperti ramai yang sedia maklum pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta kini sedang hamil lima minggu hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin, Disember lalu.
Menurut pelakon cantik ini, mereka sudah pun memilih nama anak yang dijangka dilahirkan Disember depan.
Antara senarai nama yang dipilih ialah Muhammad Ali jika lelaki sementara Aisyah sekiranya bayi yang dikandungnya adalah perempuan.
Ini merupakan pengalaman hamil yang ketiga buat Che Ta selepas kali terakhir melahirkan adalah pada 16 tahun dahulu.
“Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah pada hujung bulan ini. Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya dan Zain,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Rozita Che Wan Sah Berbadan Dua
Hasil perkahwinan nya sebelum ini, Che Ta dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16. 
Che-Ta-dan-Anak-anak

Related Post



Post a Comment