VIDEO: Lelaki ‘Serang’ Bas Di Tengah Jalan

Posted by Sosej Roll Blog


SEORANG lelaki ditahan polis selepas videonya ‘menyerang’ sebuah bas di Jalan Serangoon, Singapura tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Menerusi video itu, dia dilihat mengetuk dan menendang cermin hadapan bas selepas pemandunya enggan membuka pintu kenderaan awam tersebut.
Ketika itu, bas tersebut berada di lorong kedua jalan.
Pendek kata, adalah menjadi kesalahan untuk pemandu mengambil penumpang di kawasan yang bukan perhentian bas.
Lelaki itu juga turut merosakkan ‘wiper’ bas tersebut sebagai tanda protes sambil menunjukkan stesen bas yang terletak berhampiran.
Menurut saksi, lelaki tersebut marah kerana bas tersebut tidak berhenti walaupun dia sudah melambai untuk menaiki bas tersebut.
Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh dua lelaki lain sebelum bas tersebut bergerak meninggalkan kawasan itu.
Hai, rasa-rasanya kalau marah sekalipun, tak perlulah sampai mengamuk begitu sekali.
Buat malu saja…


Related Post



Post a Comment