ZALIM…20 Kucing Mati Dipercayai Diberi Makanan Beracun

Posted by Sosej Roll Blog


DEK kerana geram dengan kucing-kucing yang mengotorkan halaman inap desanya, seorang individu bertindak kejam memberi makanan yang mengandungi racun kepada  20 ekor kucing jiran-jirannya sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.
Kejadian yang berlaku di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor ini telah dikongsikan di akaun Facebook ‘Dunia Kucing’, semalam.
Menurut pemilik akaun Nur Syamilla, perbuatan individu yang juga seorang guru itu telah dilihat oleh saksi dan laporan polis sudah pun dibuat.
20 Kucing Mati Dipercayai Diberi Makanan Beracun
Seorang lagi pemilik akaun, Amy Kurylenko turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dan memuatnaik gambar kucing-kucingnya yang mati dalam kejadian itu.
20 Kucing Mati Dipercayai Diberi Makanan Beracun
Memetik Harian Metro pula, seorang penduduk, Halipah Maarof, 63 mendakwa pengusaha inap desa itu pernah memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.
“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan.
“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” katanya.
Menurutnya lagi, sampel makanan terbabit sudah pun dihantar ke Pejabat Veterinar Daerah dan mereka masih menunggu hasil keputusannya.
Sebenarnya, perkara ini boleh dielakkan jika kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
Mungkin pemilik kucing silap kerana membiarkan kucing mereka berkeliaran di kawasan kejiranan, namun ia bukan alasan untuk pemilik inap desa tersebut membunuh haiwan itu kerana ia perbuatan yang boleh disifatkan sebagai kejam.

Related Post



Post a Comment