Laman Web Kumpul Foto Pesawat 9M-MRO, Dirakamkan Jurufoto Seluruh Dunia

Posted by Sosej Roll Blog


LAMAN web sebuah studio fotografi iaitu www.raichstudios.com telah mengambil inisiatif mengumpulkan gambar foto pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS).
Pesawat dengan nombor pendaftaran ekor 9M-MRO merupakan pesawat yang hilang dengan kod penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada hari kejadian 8 Mac lepas.
Rentetan gambar bermula pada 5 Oktober 2004 di Vienna, Austria dengan gambar dirakamkan oleh jurugambar Rob Boyes.
Beliau ketika itu dalam penerbangan ke Vienna dari London dan baru sahaja mendarat.
“Saya terbang ke Lapangan Terbang Antarbangsa Vienna dari Lapangan Terbang Heathrow di London menaiki pesawat Airbus A319-131 G-EUOD, saya duduk di sisi tingkap dan merakamkan gambar pesawat itu ketika kami sama-sama sedang bergerak ke bangunan terminal selepas mendarat,” katanya di laman web itu.
9M-MRO01
Antara gambar terbaik ialah yang dirakamkan oleh Norman Md Yusof ketika di Kuala Lumpur pada 9 Jun 2009 memaparkan gambar hadapan pesawat 9M-MRO sebelum ia hilang dalam jarak dekat dengan memperlihatkan kredibiliti MAS sebagai antara syarikat penerbangan paling selamat di dunia.
“Saya ketika itu ditugaskan oleh sebuah agensi penerbangan untuk merakamkan pergerakan pesawat sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Pesawat B777 itu cukup unuk dan elegan ketika ia memasuki landasan untuk menunggu giliran berlepas, saya sempat merakamkan beberapa gambar pesawat berkenaan 9M-MRO dirakamkan ketika ia hendak berlepas di landasan 32R,” kata Norman di laman web berkenaan.
9M-MRO03
Gambar terakhir yang dirakamkan menunjukkan pesawat 9M-MRO ialah pada 28 Februari tahun ini ketika pesawat itu dalam penerbangan terakhirnya ke Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).
Ia dirakamkan oleh JB Barcenas ketika beliau berada di bangunan baru Terminal Tom Bradley di lapangan terbang itu.
“Imej ini dirakamkan saya pada 28 Februari lepas, saya memuatnaiknya ke internet pada 8 Mac dengan tidak mengetahui bahawa ia telah hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing,” katanya. 

9M-MRO10

Related Post



Post a Comment