LEKA BERBUAL DI TELEFON BIMBIT, WANITA MELAMBUNG KE UDARA DIREMPUH KERETA [VIDEO]

Posted by Sosej Roll Blog


Gila babas! Seorang wanita yang leka berbual dengan rakannya dalam telefon bimbit dirempuh oleh sebuah kereta di Syzran, Rusia. 

Tanpa memandang ke kiri kanan, wanita tersebut terus turun dan melintas jalan sambil berbual dengan rakannya melalui telefon bimbit.  Akibatnya wanita itu melambung ke udara. 

Insiden yang menakutkan ini dirakam oleh pemandu kereta yang lain, kemudiannya dimuatnaik ke Youtube.

Wanita itu dikejarkan ke hospital akibat kecederaan di kepala dan patah kaki selepas kejadian yang berlaku pada jam 6.00 petang pada 25 Mac.


Dia kini diberikan rawatan dan beransur pulih. Tidak diketahui sama ada polis mengambil tindakan terhadap pemandu kereta atau wanita tersebut.

Related Post



Post a Comment