Pemain Dram Scorpions Dipenjara Sebulan Kerana Hina Islam Di Dubai

Posted by Sosej Roll Blog


Dubai – Pemain dram kumpulan rock Scorpions, James Kottak dilaporkan telah dihukum penjara selama sebulan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan menghina di Emiriah Arab Bersatu.
Kottak didakwa menghina Islam apabila menunjukkan isyarat lucah dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika transit di lapangan terbang Dubai.
The Gulf News melaporkan, Kottak ditangkap pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Rusia ke Bahrain. Ketika itu, kumpulan Scorpions dijadualkan mengadakan persembahan pada perlumbaan Formula Satu.
Kottak dilaporkan mengaku minum arak namun menafikan tuduhan lain.
Sementara pengurus Scorpions tidak memberikan sebarang maklum balas.

Related Post



Post a Comment