VIDEO: Detik Cemas Lelaki Selamatkan Diri Dari Api

Posted by Sosej Roll Blog


Mencemaskan.. begitulah situasi yang dirakam ketika kebakaran tercetus di Kampus AIG di Houston, Texas, Selasa lepas.
Dalam rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini, seorang pekerja pembinaan kelihatan terperangkap di luar tingkap yang sedang marak terbakar dan jalan yang ada cuma untuk dia melonjak turun ke tingkat bawah.
Disebabkan bantuan lambat tiba lelaki tersebut terpaksa bertindak yang jika tersilap langkah, boleh membuatkan dia jatuh dan mungkin maut atau patah riuk.
Akhirnya anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki ini cuma beberapa saat sebelum dinding yang terbakar hampir menimpa mereka.
Menurut Jabatan Bomba Houston, kebakaran berjaya dipadamkan selepas dua jam dan tiada sebarang kecederaan direkodkan.
Siasatan tentang punca kebakaran masih berjalan.
Sumber: The Independent

Related Post



Post a Comment