Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais Yang Kita Patut Tahu!

Posted by Sosej Roll Blog


Mesti ada yang tertanya, kenapakah? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. 

Sama macam  Teh Panas Dan Teh Ais   , ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais.


Bahaya Teh Panas

Hasil kajian terbaru oleh penyelidik Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.

Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun penyelidik menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Bahaya Minum Teh Ais
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Kajian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine berkata, pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu buah pinggang. "Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya," kata Dr John Milner, pembantu Profesor Jabatan Urologi.

Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing.

Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut. 
 terbakor

Related Post



Post a Comment