Bil Surau NEGATIF Dibayar Hamba Allah

Posted by Sosej Roll Blog


Alhamdulillah masih ramai insan yang berhati mulia di luar sana.
Tidak hanya memiliki hati emas, sesetengah individu memilih untuk merahsiakan identiti dirinya selepas melakukan kebajikan.
Sebagai contoh, bil elektrik dan bil air Surau Taman Alamanda di Senawang, Negeri Sembilan dibayar oleh hamba Allah setiap bulan hinggakan kini bil yang sampai adalah NEGATIF RM435.27 untuk bil elektrik dan NEGATIF RM80 untuk bil air.
Siapa pun yang melakukan kebajikan ini, semoga dirinya mendapat rahmat Allah.
Pada masa sama, semoga lebih ramai lagi idividu yang melakukan kebajikan serupa ini.

Related Post



Post a Comment