Gambar Majlis Akad Nikah Mak Mah @ Ruminah Sidek (4 Gambar)

Posted by Sosej Roll Blog

Selamat Pengatin Baru buat Ruminah Sidek atau lebih diikenali dengan Mak Mah, pagi ini akan berlangsung Majlis akad nikah Mak Mah dan pasangan nya Al-Fatah Rahim.
2

2
Dengan Sekali lafaz Mak Mah milik En.Fatah


2

2
Tahniah diucapkan, semoga Mak Mah dan dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat..
Laporan dari SinarHarian:
KLANG – Hanya dengan sekali lafaz, pelakon vetaran Ruminah Sidek akhirnya selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di sini,hari ini.
Majlis Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.
Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.
Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.
Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.
Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu.
Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.
Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki
Terdahulu, Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.
Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.
Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.

Related Post



Post a Comment