Lulin, seorang pelayan dari Jiuyang di Guizho, China selatan, bingung kerana ramai orang yang mendekati dan bercakap kepadanya seolah-olah mereka mengenalinya. Mereka akan bertanya tentang pekerjaannya di Wilayah Fujian, menyangka dia menantu sesesorang atau bertanya mengapa dia tidak mengenali mereka. Namun, Lulin belum pernah melihat atau mengenali mereka dalam hidupnya.
Wanita 24 tahun ini bersumpah untuk menjejaki mengapa kejadian misteri ini berlaku dan jadi terkejut setelah mendapati bahawa dia mempunyai saudara kembar yang dipisahkan darinya sejak lahir. Perjalanan luar biasa Lulin tentang penemuan ini bermula pada Jun 2009, ketika dia sedang membantu saudaranya berniaga buah dan ketika itu ada empat orang nenek mendekatinya. "Kau telah kembali dari Wilayah Fujian? Kenapa kau tidak memberitahu kami?," Kata salah seorang dari mereka. Ketika Lulin menjadi hairan, ia bertanya siapa mereka, yang lain mengejek: "Kau pasti sudah banyak wang, dan tidak ingin kenal kita lagi."
Hanya beberapa bulan kemudian seorang lelaki separuh umur mendekati Lulin, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran di Jiuyang dan berkata kepadanya: "Kau kelihatan benar-benar serupa dengan salah satu kerabat saya.'' Tidak lama selepas itu, seorang remaja yang tengah makan di restoran mendekati Lulin dan berkata,'' Yanfei, anda bekerja di sini sekarang?''
Lulin membuat keputusan untuk mencari Yanfei misteri ini tetapi beliau sedang hamil dan harus membatalkan rancangannya. Ibu anak satu ini berkata: "Idea untuk mencarinya selalu ada dalam fikiran saya. Saya ingin mencari selepas anak saya besar sedikit." Pada akhirnya selepas tiga tahun Lulin memulakan pencariannya.
Pada bulan Oktober Lulin sekali lagi disangka Yanfei di tempat kerja tapi dia melihat peluang ini dan berjaya mendapatkan alamat wanita tersebut dari restoran. Pada ketika itu Yanfei (saudara kembar), sedang bermain dengan anaknya di rumah ketika ia tiba-tiba mendengar ibu mertua dia berteriak, 'Yanfei, ke sini sekarang! "Yanfei merasa bimbang dengan nada ibu mertuanya dan ketika dia berlari keluar seorang wanita berdiri dihadapannya. Yanfei terkejut - Lulin hampir serupa dengan dirinya.
Yanfei berkata: "Saya merasa saya sedang melihat ke cermin." Lulin menambah: "Kami merasa seperti kami sudah saling mengenali selama bertahun-tahun."
Yanfei dan Lulin menyedari bahawa mereka pasti kembar yang dipisahkan sejak lahir. Ada persamaan luar biasa banyak di antara mereka melampaui persamaan fizikal. Mereka berdua berkahwin pada tahun 2007, kedua-dua suami mereka mempunyai nama, Bin, dan anak-anak mereka juga kelihatan serupa. Mereka mempunyai suara yang sama, sama-sama ramah, gaya berpakaian yang sama, dan menyukai makanan yang sama. Mereka bahkan mempunyai bekas luka yang sama di jari mereka selepas mengalami kemalangan yang sama ketika mereka berusia enam tahun.
Post a Comment