Lelaki Dakwa Panah Anjing Untuk Lindungi Anak

Posted by Sosej Roll Blog

PETALING JAYA: Lelaki yang memanah anjing di luar pintu pagar rumahnya mendakwa melakukan tindakan itu dalam usaha untuk melindungi anaknya, kata polis.
Lelaki itu disoal siasat di balai polis daerah Kajang tetapi dibebaskan pada Khamis.
2

Polis telah merampas busur dan anak panah dan sedang dalam proses untuk memuktamadkan siasatan.
Difahamkan polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang.
Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara maksimum lima tahun.

Related Post



Post a Comment