Rabecca Nur Islam Tak Serik?

Posted by Sosej Roll Blog

Begitulah antara tajuk hiburan sebuah akhbar tempatan semalam (Ahad) di ruangan Cik Pang, Selebriti, Metro Ahad.
2
Menurut keterangan Cik Pang, Rabecca Nur Al Islam dikatakan tidak belajar dari kesilapannya yang lalu iaitu memakai baju Teletubbies di satu majlis harijadi rakannya.
Cik Pang dikatakan terperanjat melihat satu video sambutan harijadi rakan artis dimana kelibat Rabecca Nur Al Islam turut kelihatan.
Menerusi video tersebut, Cik Pang mengatakan Rabecca memakai gaun sendat paras betis dan bertudung litup seperti biasa. “Mahukan kepastian, rakaman video instagram itu diulang berkali-kali.
2


Kebetulan kamera merakamkan dia berlari kearah temannya kerana mahu membuat kejutan dan jelas baju berwarna tanah liat itu melekap tubuh dan singkat paras betis saja”-Cik Pang.
Mungkinkah gambar diatas seperti yang dimaksudkan wartawan tersebut? Bagi penulis, kali ini pakaian Rabecca mungkin agak sendat, tetapi tidaklah terlalu menjolok mata seperti yang sebelum ini. -KezoomOnline
Laporan Dari MetroAhad:
MINGGU lepas pelakon Rebecca Nur Islam jadi bualan ramai apabila gambarnya memakai baju merah melekat di tubuh ala Te­letubbies ketika menghadiri majlis ulang tahun seorang rakan dipaparkan di laman sosial Instagram.
Cik Pang ingatkan pelakon ini belajar dari kesilapannya dan akan lebih berhati-hati dengan pakaiannya sesuai imej barunya berhijab.
Rebecca dalam kenyataan diberikan sebelum ini sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapannya dalam bergaya. Ternyata pelakon ini memang tidak serik.
Terperanjat tengok rakaman video Instagram seorang kenalan Rebecca paparkan aksinya meraikan ulang tahun hari lahir teman mereka. Tak sangka dan tak serik-serik rupanya.
Menerusi laman sosial, ramai pihak bising dan menegur apabila pakaian digayakan Rebecca kelihatan seperti tidak berbaju walaupun lengkap bertudung.
Seharusnya orang bertudung menjaga pakaian digayakan supaya sopan dan sesuai dengan tuntutan. Paling penting, tidak mendedahkan susuk tubuh. Malah hijab itu bukan untuk berfesyen semata-mata tetapi ada fungsinya mengapa Muslimah diminta berpakaian sedemikian.
Sewaktu menonton video Instagram itu, jelas kelihatan pelakon itu memakai gaun potongan sendat paras betis, tetapi bahagian atas lengkap bertudung. Timbul rasa sangsi adakah benar Rebecca berpakaian begitu?
Mahu kepastian, rakaman video instagram itu diulang berkali-kali. Kebetulan kamera merakamkan dia berlari ke arah temannya kerana mahu membuat kejutan dan jelas baju berwarna tanah itu melekap tubuh dan singkat paras betis saja.
Seperkara lagi, kita tidak faham mengapa rakan pelakon ini sudah nampak yang Rebecca tidak berpakaian sopan sebagai Muslimah sejati tetapi tetap dimuat naik ke laman sosial Instagram. Seperti tidak sensitif langsung untuk menjaga imej rakan sendiri.
Takut juga golongan artis yang sudah berubah dan berhijab ini salah bawa penampilan akan menjadi ikutan. Seharusnya semua golongan artis yang sudah berhijap ini berhati-hati dalam berpakaian jangan sampai menjadi mangsa fesyen seperti Rebecca.

Related Post



Post a Comment