Restoran Bertemakan Hospital

Posted by Sosej Roll Blog

















RIGA - Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pelanggan juga boleh menyewa jaket doktor atau seragam jururawat untuk dipakai semasa menikmati hidangan di restoran itu.

Restoran unik berkenaan dikenali sebagai Hospitalis.

Hidangan boleh dimakan di dalam ruang bertemakan bilik pembedahan atau kerusi doktor gigi.

Malah, restoran berkenaan turut menyediakan ruang makan menyerupai bilik pemeriksaan ginekologi

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan dengan disuap oleh pelayan yang memakai seragam jururawat. - Agensi 








Related Post



Post a Comment