Seorang pelanggan sebuah kedai mamak di Johor Bahru terkejut apabila mi segera goreng yang dipesan untuk sarapan pagi Ahad lalu sampai bersama ketulan ayam goreng yang sudah berulat.
Menerusi video yang diambil, sesiapa pun pasti berasa mual melihat banyak ulat keluar di sebalik ayam yang dipercayai tidak digoreng baru tetapi lebihan hidangan hari sebelumnya yang tidak habis dijual.
Pelanggan yang menyebarkan video ini mendakwa, kejadian berlaku di sebuah restoran mamak terkenal yang terletak di Taman Skudai Ria, Johor Bahru.
Fuh, mujurlah makanan sampai awal pagi. Bayangkan kalau mi segera dengan ayam goreng berulat ini dihidangkan pada malam hari sewaktu pelanggan duduk di luar kedai yang gelap.
Mesti terus ngap masuk mulut baru perasan makhluk-makhluk kecil tu kan? Euuu! - MYNEWSHUB.MY
Post by MyGosip.com.
Post a Comment