Downtown Cheras Bakal Ditutup, Apa Nasib Peniaga?

Posted by Sosej Roll Blog

SEBUT saja Downtown Cheras, pasti warga kota sudah membayangkan pelbagai barangan yang dijual harga yang cukup murah di sana.
Bukan itu saja, pasar malam tersebut turut menawarkan pelbagai pilihan makanan sekaligus menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera terutama pada lewat malam.
Dek kerana parkirnya yang terhad, pengunjung sanggup meletak kereta sehingga beberapa kilometer jauhnya dan berjalan kaki untuk ke sana.
Itulah penangan Downtown Cheras yang menjadi sumber rezeki peniaga kecil terutamanya yang berbangsa Melayu.
Bagaimanapun, menerusi portal Oh!Media hari ini, tapak pasar malam itu dikatakan sudah dijual kepada syarikat kain terkenal, Tetuan Jakel Trading.
Menerusi gambar notis yang disertakan, peniaga diberi tempoh sebulan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengosongkan tapak tersebut dan tiada tapak gantian disediakan.
Downtown Cheras Bakal Ditutup, Apa Nasib Peniaga?
Downtown Cheras Bakal Ditutup, Apa Nasib Peniaga?
Kalau perkara ini benar-benar terjadi, kami tertanya-tanya juga, apakah nasib para peniaga kecil ini nanti?
Bukan mudah untuk mencari tapak baru yang luas dan boleh menempatkan gerai-gerai yang banyak di kawasan kota ini.
Apapun, kami harapkan ada penyelesaian untuk masalah ini nanti.
Kasihan mereka yang sudah lama mencari rezeki di sini…
Oleh: MYNEWSHUB.MY

Related Post



Post a Comment