Kerana iPhone 6 Lelaki Sanggup Sewakan Kekasih

Posted by Sosej Roll Blog





CHINA – Kerana terlalu inginkan telefon iPhone6, seorang lelaki tergamak menyewakan wanitanya dengan hanya RM5 sejam untuk membeli telefon itu.



Wei Chu, 25, dikatakan menyebarkan poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, Shanghai. Selain dari kadar sejam, teman wanitanya, Xiao Ai juga disewakan pada kadar RM26 sehari atau RM263 sebulan.



Tetapi, Wei Chu hanya menyewakan teman wanitanya untuk tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan. Menurut Wei Chu, Xiao Ai bersetuju dengan cara dia mendapatkan duit untuk membeli iPhone 6 ini. -SiakapKeli.com


Related Post



Post a Comment