Punca Sebenar Pelajar UiTM maut dirempuh Pensyarah (5 Gambar)

Posted by Sosej Roll Blog





Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalan pulang dari kelas semalam.



Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan.



Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu.




Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan dalaman.



Selain jalanraya di kawasan itu dikatakan berbahaya, terdapat sumber lain mendakwa pensyarah itu mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Biodata Ringkas Mangsa



Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof

Umur: 20 Tahun

Asal: Dungun Terengganu

Fakulti: Sains

Bidang: Diploma Sains Sukan

Universiti: UITM Induk Shah Alam

Semester: Tahun Kedua

Punca kematian: Pendarahan dalaman akibat dirempuh kereta











Related Post



Unknown said...

Tajuk tulis punca sebenar..isi xde pun cakap punca sebenar

Post a Comment