Home
»
Berita
» Remaja OKU Dikhuatiri Lemas Di Pantai Telok Kalong
Posted by Sosej Roll Blog
KEMAMAN – Keghairahan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) untuk mandi di pantai sempena musim cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila dia dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong di sini semalam.Che Ku Mohd Fadzli Che Ku Mohd Yasin, 14, dipercayai dihanyutkan ombak ketika berkelah di pantai bersama ibu dan lima adik-beradiknya, kira-kira 6 petang.Menurut ibunya Khalijah Omar, 43, sebaik tiba, anaknya terus turun mandi seorang diri sambil dia mengawasinya dari tepi pantai.Beliau berkata pada satu ketika, beliau meminta anaknya supaya berenag ke pantai apabila mendapati anaknya berada terlalu jauh dari pantai.“Dia yang mandi menggunakan pelampung dilihat menghadapi masalah untuk berenang semula ke tepi pantai sebab dibawa arus. Saya menjerit mengarahkan anak sulung saya untuk turun ke pantai menyelamatkan adiknya yang semakin hanyut.“Saya nampak dia dapat pegang tangan adiknya, tetapi dia juga turut hanyut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Khalijah berkata jeritannya kepada anak sulungnya untuk menolong adiknya mendapat perhatian orang ramai yang turut turun ke laut dengan bot nelayan dan hanya sempat menyelamatkan anak sulungnya.Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata pihaknya sedang mengesan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal yang hilang itu. – BERNAMA
Related Post
Berita- PKR, DAP Sabah beku kerjasama politik dengan Pas
- Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)
- QZ8501: Banyak Lagi Serpihan Pesawat, Barang Penumpang Ditemui
- Mangsa banjir di enam negeri cecah 225,000
- Minggu penangguhan persekolahan tidak perlu diganti - TPM
- Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir
- Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar
- Disaat Kelantan Ditengelami Air Ada Juga Manusia Binatang Yang Sanggup Edit Gambar Tok Guru Nik Aziz
- Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara - Najib
- Dakwaan wanita bertudung dilapah, palsu sememang nya tidak benar
- Jenazah Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari
- Wanita Cun Ini Ialah Pelakon Bayi Matahari Dalam Teletubbies
- Johor Mula Dilanda Banjir
- Selangor Luluskan RM1.5 juta Bantuan Banjir Kepada Empat Buah Negeri Terlibat
- Sambutan Ambang Tahun Baru Ambank dibatalkan, dana disalur ke mangsa banjir
- Kit Siang Ugut Boikot Mesyuarat Pakatan Rakyat Jika PAS Teruskan Hudud
- Pemilik Proton Suprima S Bangga Dapat 'Tapau' Honda Civic Type R Di Highway Karak
- Pengalaman ngeri gadis dirompak, dipukul dan hampir dirogol di Stesen Komuter Batang Benar, Nilai, N.Sembilan
- 45,000 Mangsa Banjir melibatkan 5 Negeri
- Pelajar Tingkatan Enam Dibenar Pakai Kasual Dengan Bersyarat
- G.Palanivel Perlu Panggil EGM – Vell Paari
- Harga minyak mentah naik hari ini didorong kekukuhan saham Asia
- Jangan sabotaj ekonomi apabila harga minyak diturunkan
- Hudud: Perang dingin pemimpin pembangkang memuncak
- PKR Sahkan ADUN Inanam Mahu Letak Jawatan
Post a Comment