Jerlun: Niat murni seorang lelaki membantu rakannya menanam tiang konkrit bagi kerja pembinaan sebuah rumah, berakhir dengan tragedi
apabila dia maut akibat dihempap bakul jengkaut dalam kejadian di Kampung Seberang, Kuala Jerlun, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, Azemi Senawi, 55, pesara perkhidmatan awam maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kejadian berlaku berikutan hos hidrolik jengkaut itu tiba-tiba pecah menyebabkan bakul berkenaan hilang kawalan dan terjatuh sebelum menimpa mangsa yang sedang memegang tiang konkrit.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada hari pertama mangsa datang membantu membuat kerja pembinaan.
"Kerja pembinaan ini sudah berjalan selama tiga hari dan ketika kejadian, seorang daripada kami sedang mengendalikan jengkaut, manakala seorang lagi menggerudi lubang di kawasan lain.
Post a Comment