Enam sekeluarga terbunuh

Posted by Sosej Roll Blog


Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih, kira-kira 8 malam tadi.

Kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua Myvi dan Perodua Alza.Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.

pix_gal1

Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.”Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. -Hmetro


Related Post



Post a Comment