Lapan Pemain Kebangsaan Barisi Skuad Hoki Terengganu

Posted by Sosej Roll Blog



Ahmad Razif bersama barisan pemain hoki Terengganu yang akan membawa cabaran negeri ke Kejohanan Liga Hockey Premier TNB/MHL 2014.

Barisan penuh pemain hoki Terengganu diumumkan malam tadi membabitkan lapan pemain kebangsaan dan empat bekas pemain kebangsaan.

Pemain kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah; Faizal Saari; Fitri Saari; Muhammad Firhan Ashaari; Azlan Misron; Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil; Muhammad Hafizuddin Othman dan Mohd Hazrul Faiz Ahmad Sobri tersenarai dalam Terengganu Hockey Team (THT).

Empat bekas pemain kebangsaan, Ismail Abu; Jivan Mohan; Balit Singh dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, turut serta dalam THT empat pemain kebangsaan Korea iaitu Kang Moon Kyu; Jang Jong Hyun; Kang Moon Kweon dan Bae Jeong Seok.

Menurutnya, bekas pemain kebangsaan Korea, Seo Jong Ho dan pemain remaja kebangsaan, Sufi Ismat Rohulamin turut menguatkan pasukan THT yang ditubuhkan sejak tahun 2013 itu.

“Dua bekas remaja kebangsaan, Arief Iskandar Khamdam dan Sobirin Ilias turut kita senaraikan seramai 20 pemain,” katanya pada majlis memperkenalkan pasukan THT yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur malam tadi.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

THT yang kini di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Sarjit Singh berjaya mengumpulkan bakat-bakat hoki Terengganu untuk menyertai pelbagai kejohanan.

Antara pencapaian skuad hoki Terengganu, Juara Piala Tun Razak Divisyen 1 buat kali pertama sejak 50 tahun dan kali pertama dalam sejarah juara sukma lelaki pada tahun 2012.

Hoki Terengganu turut mencipta rekod pertamanya dalam sejarah iaitu Juara Kejohanan MSSM Bawah 18 tahun lelaki 2014 dan Juara Divisyen 2 Piala Tun Razak 2014.-TEGANUKITA

Related Post



Post a Comment