Mamat Khalid Kena Serangan Jantung

Posted by Sosej Roll Blog




KUALA LUMPUR - Pengarah terkenal, Mohamad Mohamad Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 8 pagi tadi akibat serangan jantung.



Menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, Mamat dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.



Keadaan pengarah itu dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan di Unit Jagaan Koronari (CCU).



"Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur untuk sesi persiapan Festival Filem Malaysia (FFM) di Seremban, namun ada pukul 8 pagi tadi, dia mengadu sakit di bahagian dada.



"Saya terus menghantar dia ke hospital terdekat kerana bimbang sakitnya berpanjangan. Selepas mendapat rawatan awal, doktor terpaksa menahannya di wad berikutan tekanan darahnya yang tinggi melepasi paras normal.



"Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan dia masih berada di wad sementara menunggu keputusan doktor untuk mengesan punca sebenar serangan jantung tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo!.



Hasmah menambah, sebelum ini, suaminya itu pernah mengadu sakit di bahagian dada namun dia enggan untuk menerima rawatan di hospital. - KOSMO!

Related Post



Post a Comment