Maut Selepas Cuba Himpit Polis Trafik

Posted by Sosej Roll Blog





BANDA HILIR – Seorang anggota polis trafik cedera selepas terjatuh akibat dihimpit sebuah kereta yang cuba dikesan polis kerana gagal berhenti di sebuah sekatan jalan raya di sini semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, seorang lelaki yang berada di dalam kereta berkenaan maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar sebuah kren selepas dipercayai menghimpit anggota trafik berkenaan.



Anggota trafik yang identitinya masih belum dikeluarkan polis, dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan beberapa anggota badan.



Pemangku Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, anggota trafik berkenaan berjaya mengesan kereta terbabit berhampiran Jalan Syed Abdul Aziz selepas ia tidak berhenti di sekatan jalan raya berhampiran kawasan jam besar di sini.



Menurutnya, kereta Proton Persona berkenaan terbakar selepas terbabas dan melanggar sebuah kren yang sedang melakukan kerja-kerja mengali parit di kawasan itu.



Ekoran kejadian, beberapa pekerja terus menggunakan air lumpur dari parit berkenaan untuk memadamkan kebakaran.



“Pemeriksaan polis mendapati salah seorang di dalam kereta itu mati manakala seorang lagi cedera,” katanya di sini semalam.



Menurut Razali, pemeriksaan polis ke atas kereta berkenaan membawa kepada penemuan peralatan pecah rumah seperti kapak, parang, pemutar skru serta pemotong dawai, selain menjumpai beberapa paket serbuk putih yang dipercayai dadah.



Menurutnya, punca kemalangan serta identiti kedua-dua mangsa dalam kereta masih disiasat. – Sinar Harian Online

Related Post



Post a Comment