TERAJU utama drama bersiri Pulang Sayang ini mengakui tidak pernah menyalahkan peminat yang mendoakan hubungan suaminya pelakon Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby Abadi kembali bersatu.
Menurut Memey Suhaiza, 26, peminat akan terus memberikan macam-macam pandangan mengenai hubungan mereka.
“Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.
“Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk,” katanya kepada Zass menerusi aplikasi WhatsApp.
Jelas Memey, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut (bermadu) kerana bahagia dengan kehidupan kini.
“Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.
“Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT,” ujar Memey yang sedang hamil tiga bulan anak
keduanya.
keduanya.
Dalam pada itu, Memey memberitahu, dia yakin semua maklum akan hubungan baik antaranya dan juga Abby.
“Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.
“Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri,” jelasnya hairan apabila perkara tersebut
diperbesarkan.
diperbesarkan.
Memey juga meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka kerana hubungan baik tersebut demi anak-anak tercinta. -Sinar Harian
Post a Comment