Lisa Surihani Sanggup Dipeluk, Nabil Pula Malu...

Posted by Sosej Roll Blog








Pelawak, pelakon dan juga pengacara terkenal, Nabil Ahmad, 30, mengaku berasa malu dengan Lisa Surihani sewaktu melakonkan beberapa adegan romantik menerusi telefilem 'Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris'.



Bekas juara program realiti, Raja Lawak musim kedua ini menyatakan dia terkedu dan mengigil apabila perlu memengang bahu dan memeluk 'isterinya' itu sebagai tanda kemesraan antara mereka.



"Lisa seorang pelakon yang memberi. Apabila masuk ke set penggambaran, dia terus anggap saya suaminya sedangkan saya masih ingatkan dia adalah isteri orang.





"Sejujurnya, saya memang malu melakonkan babak romantik apatah lagi berkasih sayang dengannya,"katanya ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem genre komedi keluarga berkenaan di Petaling Jaya, semalam.



Menurutnya, dia menggigil ketika memegang bahu Lisa walaupun ia hanyalah lakonan sebagai suami isteri.



"Disebabkan timbul rasa segan itu sampaikan pada satu ketika, saya hendak lontarkan dialog cinta pun tidak mampu. Saya menjadi gugup dan terkedu," katanya





Bagaimanapun, Nabil menggangap lakonan bersama itu sebagai satu cabaran bahkan peluang keemasan apabila dapat bergandingan dengan seorang pelakon wanita hebat seperti Lisa.



"Saya akui tidak pandai berlakon apatah lagi melakokan adegan serius atau bercinta. Atas sebab mimik muka yang susah nampak berubah, ia menyukarkan saya untuk melakonkan karakter seorang yang serius ataupun kekasih romantik. "Kalau nak tahu, isteri saya pun tergelak apabila tengok saya buat adegan romatik dengan Lisa," katanya.



"Apabila saya ditawarkan terlibat dalam telefilem ini, saya fikir rugi jika tidak mengambil peluang ini. Setidaknya sekarang saya sudah satu 'level' dengan Aaron Aziz," ujar Nabil berseloroh yang membawa watak Faris dalam telefilem ini yang turut menjalani sembilan peratus penggambaran di Paris.



Berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran di negara yang digelar kota cinta itu, Nabil menyatakan ia adalah pengalaman pertamanya menjalani penggambaran di Eropah.



"Seronok menjalani penggambaran di sana walaupun cuaca sejuk. Lagipun, ini kali pertama saya menjejak kaki ke Eropah dan saya turut membawa isteri bersama. Kami sempat bersiar menikmati permandangan indah di sana. Sambil bekerja, sambil bercuti," katanya.



Telefilem kali ini adalah kesinambungan Strawberi & Karipap yang mula disiarkan menerusi Astro Ceria pada 2013 yang berjaya meraih 9 juta penonton.


Filem ini mengisahkan kegigihan dua kanak-kanak ke Paris dengan tujuan menyatukan Pak Su Hairi lakonan Zizan Nin dan Makcik Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang. Pelbagai peristiwa lucu berlaku apabila dalam perjalanan itu mereka secara kebetulan bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea (Lisa) dan Faris (Nabil) yang sedang berbulan madu di negara itu.



Ia akan bersiaran di Astro First Eksklusif (Saluran 480) bermula 20 November ini.


Related Post



Post a Comment