
TMJ ucap tahniah kepada Pahang juarai Piala Malaysia 2014.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta’zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.
Kepada rakyat Johor sekalian,
Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.
Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.
Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.
Hidup Johor Demi Johor
Jumpa lagi di musim hadapan.
– Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Kredit Johor Southern Tigers
Related Post
Berita- PKR, DAP Sabah beku kerjasama politik dengan Pas
- Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)
- QZ8501: Banyak Lagi Serpihan Pesawat, Barang Penumpang Ditemui
- Mangsa banjir di enam negeri cecah 225,000
- Minggu penangguhan persekolahan tidak perlu diganti - TPM
- Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir
- Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar
- Disaat Kelantan Ditengelami Air Ada Juga Manusia Binatang Yang Sanggup Edit Gambar Tok Guru Nik Aziz
- Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara - Najib
- Dakwaan wanita bertudung dilapah, palsu sememang nya tidak benar
- Jenazah Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari
- Wanita Cun Ini Ialah Pelakon Bayi Matahari Dalam Teletubbies
- Johor Mula Dilanda Banjir
- Selangor Luluskan RM1.5 juta Bantuan Banjir Kepada Empat Buah Negeri Terlibat
- Sambutan Ambang Tahun Baru Ambank dibatalkan, dana disalur ke mangsa banjir
- Kit Siang Ugut Boikot Mesyuarat Pakatan Rakyat Jika PAS Teruskan Hudud
- Pemilik Proton Suprima S Bangga Dapat 'Tapau' Honda Civic Type R Di Highway Karak
- Pengalaman ngeri gadis dirompak, dipukul dan hampir dirogol di Stesen Komuter Batang Benar, Nilai, N.Sembilan
- 45,000 Mangsa Banjir melibatkan 5 Negeri
- Pelajar Tingkatan Enam Dibenar Pakai Kasual Dengan Bersyarat
- G.Palanivel Perlu Panggil EGM – Vell Paari
- Harga minyak mentah naik hari ini didorong kekukuhan saham Asia
- Jangan sabotaj ekonomi apabila harga minyak diturunkan
- Hudud: Perang dingin pemimpin pembangkang memuncak
- PKR Sahkan ADUN Inanam Mahu Letak Jawatan
Post a Comment