Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan cuti peristiwa sehari pada Isnin, 3 November sebagai menghargai kemenangan pasukan bola sepak negeri itu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.
Bagaimanapun katanya, para guru-guru dan pegawai yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hendaklah meneruskan tugasan seperti biasa.
Para pelajar juga perlu menduduki peperiksaan itu seperti yang dijadualkan pada tarikh tersebut.
Pengumuman itu dibuat oleh Adnan menerusi khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada media sebentar tadi. – KOSMO!
Post a Comment