Pasukan Singapura Muncul Juara Monsoon Cup Terengganu 2014

Posted by Sosej Roll Blog

14384_1564058907142955_7903033961181720190_n

Pasukan Red Dot dari Singapura berjaya mengetepikan tujuh kumpulan lain untuk muncul juara bagi kejohanan Monsun Cup Terengganu 2014 di Pulau Duyong dan menempah slot ke Monsoon Cup Malaysia yang akan diadakan di Danga Bay Johor pada bulan Februari tahun depan.

Ketua pasukan Red Dot, Maximillian Soh, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia pada September tahun ini, menewaskan pasukan Pemain Terbaik Dunia yang diterajui oleh Arthur Herreman dari Perancis dengan keputusan 2-0 pada hari akhir kejohanan.

Dengan kemenangan itu, Soh dan empat rakan sepasukan berjaya membawa pulang AS $ 10,000 (RM33,500) dan trofi kejohanan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Industri Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Azhar Mohamad Isa, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri. Datuk Mohd Jidin Shafee dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pasukan terbaik dunia pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak AS $ 8,000 (RM26,800) manakala kumpulan dari Australia,Redline Racing yang diketuai oleh Metthew Jerwood berjaya mengalahkan kumpulan Neptune Racing untuk mengambil hadiah ketiga, wang tunai sebanyak AS $ 5,000 (RM16,750).

Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan pada penampilan sulungnya, Soh, 26, menyifatkan kejayaan ini adalah untuk anak kapal beliau.

“Kami tahu kami perlu menang dalam semua baki perlawanan, jadi kami bekerja keras dan berjaya melaluinya. Kami gembira apabila kami menewaskan Sam Gilmour, yang merupakan pasukan kegemaran. Ini hadiah terbaik bagi saya selepas memenangi Sukan Asia , “katanya.

Sementara itu, dua pasukan tempatan, Sime Darby Yayasan yang diketuai oleh Jeremy Koo dan 1Malaysia Match Racing di bawah kelolaan Hazwan Dermawan berjaya meletakkan kumpulan mereka di tempat kelima dan ketujuh daripada lapan pasukan bertanding.

Kejohanan Monsoon Cup 2014 ini merupakan kejohanan pelayaran peringkat antarabangsa di mana Pulau Duyung, Terengganu merupakan lokasi untuk perlawanan peringkat pertama manakala Johor pula dipilih sebagai lokasi untuk perlawanan peringkat kedua pada Febuari tahun hadapan yang akan dikenali sebagai Monsoon Cup Malaysia.

tn

Related Post



Post a Comment