Pelajar Dirogol Rakan Sekelas Lepas Kelas Pendidikan S@ks

Posted by Sosej Roll Blog






SEORANG pelajar perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya sendiri selepas suspek gagal menahan nafsunya sebaik tamat pembelajaran pendidikan seks di sekolah mereka, tahun lalu.



Menurut laporan polis, pelajar lelaki itu mengajak rakannya itu ke tempat sunyi di kawasan sekolah mereka di North Wales dan kemudiannya menyerang pelajar perempuan itu.



Pada mulanya suspek bertanyakan kepada mangsa sama ada dia ingin melakukan hubungan seks sebaik selesai pembelajaran mereka, namun keengganan mangsa menyebabkan suspek berang lantas merogolnya.



Selepas setahun merahsiakan insiden itu, mangsa baru sahaja melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan kini suspek telah ditahan untuk siasatan berhubung kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC



*Gambar hiasan

Related Post



Post a Comment