SALAH seorang mangsa pembunuhan dibawa ke luar dari sebuah rumah di Edmonton, hari ini. - Foto AP |
EDMONTON (Alberta) – Sembilan orang, termasuk tujuh dewasa dan dua kanak-kanak ditemui mati dalam tiga lokasi jenayah berasingan dengan apa yang disifatkan polis sebagai pembunuhan beramai-ramai terburuk di Edmonton hari ini.
Ketua Polis Edmonton, Rod Knecht dalam sidang medianya berkata, pembunuhan itu ekoran daripada keganasan domestik.
Mangsa terdiri daripada seorang wanita yang dijumpai mati malam tadi oleh pegawai polis selepas mendapat maklumat bunyi tembakan di sebuah rumah di selatan Edmonton. – AP
Post a Comment