
SHAH ALAM - Bekas kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais dan isterinya Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, sebentar tadi.
Romie, 34, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Azmi Aziz setelah mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Nur Liyana, 29, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hakim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintah Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.
Mahkamah juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara plaintif dan defendan, iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah.
Mahkamah juga merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah dari bekas suaminya. - HARIAN METRO
Hiburan 3:03:00 PM
Post a Comment