Menerusi satu sesi soal jawab baru-baru ini, Mark Zuckerberg berkata Facebook kini sedang mempertimbangkan untuk menambah butang 'dislike' di Facebook, tetapi dalam bentuk yang berbeza.
Menurut Zuckerberg, butang dislike terlalu sensitif dan perkataan 'dislike' itu tidak sesuai digunakan bagi melambangkan seseorang tidak menyukai satu-satu post di Facebook. Menurutnya lagi, perkataan 'dislike' juga boleh dipengaruhi oleh sentimen yang tidak boleh dijadikan butang di Facebook kerana tidak efisyen.
"Kami perlu memikirkan cara yang betul supaya ia boleh digunakan untuk kebaikan, bukannya keburukan", kata Zuckerberg di Menlo Park, California.
Butang dislike dikatakan tidak efektif kerana ia mungkin boleh digunakan untuk membuli seseorang dengan menjatuhkan semangat & emosinya dengan hanya menekan satu butang sahaja. - Siakapkeli.com.my
Post a Comment