Kanak-kanak 9 tahun maut jatuh dari tingkat 9 flat

Posted by Sosej Roll Blog


Seorang penduduk menunjukkan kawasan mangsa ditemui selepas tergelincir dari tingkat sembilan flat Taman Bukit Angkasa. -Gambar Hmetro

Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak itu dipercayai pergi ke balkoni untuk mengambil seliparnya namun terjatuh akibat tergelincir.

“Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang merupakan anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai,” katanya ketika dihubungi Bernama.


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun mati setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini. – Foto BERNAMA

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

“Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA

Related Post



Post a Comment