Kawasan di Kuala Krai Musnah Teruk Akibat Banjir

Posted by Sosej Roll Blog

KELANTAN: Banjir di beberapa kawasan di Kelantan sudahpun mulai surut. Beberapa buah kawasan kelihatan telah pulih seperti keadaan sediakala.

Namun, banyak kemusnahan harta benda termasuk tempat tinggal, premis perniagaan serta kenderaan dilaporkan akibat banjir tersebut.

Menurut seorang penduduk Kuala Krai, Jamil, banjir akibat hujan yang lebat selama tiga hari berturut-turut telah mengakibatkan paras air naik mendadak sehingga paras bumbung rumah. Selain itu mereka juga turut terputus segala hubungan darat sehingga sejak semalam.

"Air naik mendadak sehinggap paras bumbung. Terputus segala perhubungan darat semalam" katanya ketika dihubungi pihak Siakapkeli.

Bagaimanapun, keadaan kawasan itu pulih sudahpun pulih seperti sediakala setelah air surut pada jam 2 petang Khamis.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan kemusnahan akibat bencana alam tersebut. Semoga mereka yang kehilangan harta benda, ternakan dan sebagainya tabah menghadapi ujian ini. - Siakapkeli.com.my


































Related Post



Post a Comment