Kerajaan Negeri Proaktif Tangani Banjir-Pehimi

Posted by Sosej Roll Blog

photo.php

Musibah banjir yang berlaku di seluruh negeri terengganu beberapa hari yang lalu masih belum menunjukkan tanda-tanda positif malah bilangan mangsa semakin bertambah dari sehari ke sehari namun keadaan di pusat pemindahan masih lagi terkawal tanpa sebarang kekecohan.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan negeri dan badan-badan sukarelawan melakukan persediaan awal menghadapi musibah banjir ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Terengganu, Mohd Pehimi Yusof berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bertindak pantas dan proaktif dalam menangani musibah banjir dengan menyediakan pusat-pusat pemindahan bersama dengan petugas-petugas dari pelbagai agensi sejak dari awal lagi, katanya di sidang media khas bencana banjir di Wisma Darul Iman.

Antara jabatan kerajaan yang turut sama meredah banjir bagi memberi bantuan kepada mangsa adalah Agensi Tranformasi Rakyat Terengganu (ATRA) yang menggerakkan hampir 800 petugas di seluruh negeri dan menyampaikan sumbangan dari segi makanan.

Dalam pada itu, Pehimi turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan RM350,000 yang disalurkan melalui JKM untuk pembelian keperluan asas seperti makanan, tikar dan selimut.

Manakala kos keseluruhan bencana banjir setakat ini yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM859,207.97, peruntukan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM650,800 di mana total keseluruhannya adalah sebanyak RM1.5 juta.

Setakat pukul 2.30 petang kelmarin, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 12179 orang melibatkan 2800 buah keluarga dan 63 pusat pemindahan di seluruh negeri

Related Post



Post a Comment