Mahu Buka Pintu Kecemasan Kapal Terbang Untuk Hirup Udara Segar

Posted by Sosej Roll Blog





Lagi gelagat penumpang khidmat penerbangan di China apabila kali ini pula seorang lelaki telah memeranjatkan petugas Xiamen Airlines dan juga penumpang lain apabila mahu membuka pintu kecemasan kapal terbang yang hendak berlepas.
Beliau memberitahu kakitangan pesawat yang di berasa panas dan rimas sementara menunggu peawat tersebut untuk berlepas.

Akhbar South China Morning Post berkata, petugas kemudian memindahkan lelaki itu ke tempat duduk lain, jauh dari pintu itu.

Kejadian berlaku selepas satu kejadian lain menyaksikan seorang penumpang membuka pintu kecemasan sebaik pesawat yang dinaiknya mendarat kerana hendak cepat keluar. Ia menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak 100,000 yuan (RM56,000).-Siakapkeli.com.my

Related Post



Post a Comment