Obama, Castro Umum Keajaiban Dalam Sejarah Hubungan AS-Cuba

Posted by Sosej Roll Blog





WASHINGTON: Perang dingin dan sekatan ekonomi lima dekad antara Amerika Syarikat (AS) dan Cuba bakal bertemu pengakhiran apabila kedua-dua pemimpin tertinggi negara berkenaan mengisytihar untuk membina semula ikatan diplomatik.
Presiden AS, Barack Obama memberitahu bahawa Washington bersedia untuk mempertimbang semula hubungan perdagangan dan membuka kembali kedutaannya di Cuba sejak ia ditutup pada tahun 1961.

Hasrat tersebut dijawab Presiden Raul Castro di Havana, yang mengesahkan bahawa ‘mantan musuh’ itu mahu menyambung semula ikatan selepas lebih setengah kurun terputus.

"Keputusan Obama layak untuk disambut dengan penghormatan dan penerimaan daripada rakyat Cuba,” kata Castro sambil menekanklan bahawa sekatan perdagangan dengan AS perlu dihentikan.

Di Washington, Obama mengakui bahawa pengharaman perdagangan tersebut suatu kegagalan dan akan merujuk kepada Kongres bagi membincangkan untuk mengakhirinya, di samping memperbaiki pertalian diplomatik.

"Kita akan menghentikan pendekatan yang tidak relevan yang selama ini melumpuhkan usaha ke arah kebaikan.

“Kita akan mengembalikan hubungan natara dua negara ini dan melalui perubahan ini kita bercadang untuk mencipta lebih banyak peluang bagi rakyat AS dan Cuba seterusnya memulakan episod baharu,” kata Obama.

Perkembangan terbaru tersebut mula tercetus selepas Havana membebaskan agen Alan Gross dan seorang warga Cuba yang dipenjarakan selama 20 tahun atas jenayah pengintipan bagi pihak Washington.

AS pula sebagai tindak balas, membebaskan tiga perisik Cuba, malah Obama telah mengarahkan Jabatan Negara AS untuk menilai semula kedudukan Cuba sebagai negara penaja aktiviti keganasan. - Astro Awani

Related Post



Post a Comment