Pengasas Mahasiswa GANYANG:Perisytiharan Darurat Dan Insurans

Posted by Sosej Roll Blog






Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan
Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diiisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Rujuk Perkara 150. Contohnya ialah Darurat Mei 1969, Darurat komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan persekutuan).

Kesannya?

1. Pucuk pimpinan negara akan diambil alih tentera.

2. Apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan.

3. Pilihan raya boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Emergency Ordinance 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya diangkat pada 2011. Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun!

Darurat Sarawak 1966 (45 tahun), darurat Mei 1969 (42 tahun), darurat Kelantan 1977 (34 tahun).

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut oleh perdana menteri, Emergency Ordinance secara automatik dimansuhkan.

Darurat bencana

Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas. Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No. 20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat).

Contoh, jerebu Sarawak 1997, jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500) dan jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750).

Kesannya?

1. Penggelembengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan agensi-agensi atau kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, Rela, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Pada hikmah saya, terdapat beberapa alasan pokok iaitu persepsi umum dan kos.

Dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan. Ayat-ayat seperti "semua dalam kawalan" atau "it is under control" merupakan jawapan dan respons yang lazim diberi oleh kerajaan.

Contohnya, hutang 1MDB, hutang negara, kebocoran soalan UPSR, dan kini banjir pantai timur, bukankah semua ini dikatakan 'dalam kawalan'? Tetapi adakah ia benar-benar 'under control', terpulang kepada anda untuk menilai.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas. Sebagai contoh, saham AirAsia menjunam hampir 8% gara-gara misteri QZ8501.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan persekutuan. Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara, RM50 juta peruntukkan diluluskan dengan segera. Setibanya di tanah air pula, tambahan RM500 juta diluluskan. Jumlah sekarang sekurang-kurangnya RM550 juta.

Ada yang tanya saya, tidakkah ini RM550 juta ini cukup untuk mangsa? Tidakkah ia menambah beban kerajaan pusat?

Apa yang kalian perlu tahu adalah ini: Penambahan mempperuntukkan RM500 juta tersebut bukan kesemuanya secara langsung diagihkan untuk mangsa banjir pantai timur membeli makanan dan minuman. Dalam kenyataan MKN, RM500 juta ini diagihkan kepada MKN untuk 'the aftermath'. Dalam erti kata lain, ia untuk membaiki jalanraya, jambatan, dan sebagainya. Sebahagian lagi peruntukkan ini juga disalurkan untuk persiapan musim banjir kelak.

Insurans?

Pada pendapat saya, kenyataan Twitter perdana menteri bersifat separuh masak dan mengelirukan.

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans. Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka. Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'. Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka. Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam. Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi. – 29 Disember, 2014.-TheMalaysianInsider

Related Post



Post a Comment