Rais Yatim Sokong Tidakan Perdana Menteri Tidak Isytihar Darurat

Posted by Sosej Roll Blog





Sebelum ini ramai pihak mempersoalkan tindakan kerajaan tidak mengisyitiharkan darurat memandangkan beberapa buah negeri di Pantai Timur dilanda banjir yang teruk dimana mangsa yang dipindahkan melibatkan mangsa melebihi 150,000 orang.
Perkara ini teah dijawab oleh pihak Perdana Menteri dan hari ini Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pula tampil dan menyokong tindakan Perdana Menteri itu.

Beliau menyifatkan pengisytiharan darurat tanpa mengkaji risiko secara menyeluruh terhadap rakyat mungkin akan merugikan mereka kerana undang-undang darurat berbeza dengan undang-undang biasa.

"Apabila darurat diisytiharkan ianya memberi kesan di mana rakyat tidak lagi bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa."


“Apabila darurat, nak keluar rumah pun tidak boleh. Antara syarat untuk mengisytiharkan darurat, ia mesti bersandarkan kepada situasi yang mana orang ramai tidak lagi jelas untuk ‘melihat ke bawah’.


“Namun dalam keadaan banjir pada ketika ini, penglihatan orang ramai masih lagi jelas, bot boleh digunakan dan masuk ke kawasan terjejas, malah bantuan juga dapat disampaikan,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah orang yang menunding perkara ini kepada Perdana Menteri semata-mata kerana setiap negeri yang terjejas sepatutnya mengambil inisiatif dan bertindak lebih awal tangani permasalahan yang berlaku.

“Apa yang berlaku sekarang, terus pergi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), seolah-olah beliau yang menjaga perjalanan kosmik cakerawala. Ini tidak adil.


“Kerajaan negeri seharusnya berbuat baik dengan kerajaan pusat dan bentangkan masalah berkaitan yang dihadapi kepada kerajaan pusat untuk bantuan. Bukan terus menyalahkan Perdana Menteri,” katanya.-Siakapkeli.com.my

Related Post



Post a Comment