Saya Telah Dirogol - Lady Gaga

Posted by Sosej Roll Blog




Lady Gaga mendakwa beliau telah diperkosa ketika berusia 19 tahun.



Penyanyi lagu The Born This Way itu membuat pendedahan mengejutkan tersebut ketika temubual bersama Howard Stern melalui rancangan radionya. Topik tersebut menjadi bual bicara selepas Howard bertanyakan kepada beliau mengenai persembahan Swine di SXSW bulan Mac yang lalu. Di dalam lagu tersebut, 'vomit panter' Millie Brown telah menyimbah cecair hijau di atas Lady Gaga.



"Saya telah menulis lagu Swine. Lagu berkenaan berkisar mengenai rogol. Ianya juga menceritakan tentang keruntuhan moral," jelas beliau berkenaan persembahan unik tersebut. "Lagu tersebut menggambarkan kemarahan, nafsu, dan saya ada banyak penderitaan yang saya nak luahkan."



"Saya telah melalui pengalaman hitam yang menyebabkan saya boleh tersenyum sekarang. Saya melalui proses terapi kerana saya bukan saya ketika di usia 19 tahun," jelasnya lagi.



Lady Gaga juga mengaku trauma dengan apa yang telah terjadi ke atas dirinya. Namun dia memberitahu dirinya, hidup ini mesti diteruskan.

Related Post



Post a Comment