Selangor Luluskan RM1.5 juta Bantuan Banjir Kepada Empat Buah Negeri Terlibat

Posted by Sosej Roll Blog




SHAH ALAM : Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah sebulat suara meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dana bantuan kepada empat buah negeri yang telibat dengan bencana banjir.

Menurut Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, sejumlah RM 1 juta diperuntuk kepada Kerajaan Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Kerajaan Terengganu, Pahang dan Perak.

“Kerajaan dan rakyat Selangor bersimpati dengan mangsa banjir yang menanggung kesusahan dan kerosakan harta benda dalam banjir paling buruk sejak 43 tahun lalu.


“Semoga rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi Allah s.w.t,” katanya dalam perjumpaan ringkas menyampaikan sumbangan cek kepada Kerajaan Kelantan di Pejabat Menteri Besar.

Selain itu, Kerjaan Selangor turut meluluskan peruntukan RM200,000 kepada Pertubuhan Kemanusiaan Selangor (Pantas) bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu juga diarah menjalankan kerja pembersihan di kawasan terlibat banjir.


“Kerajaan Selangor bersetuju memberi khidmat kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua PBT Selangor dan aganesi lain.


“Semua jentera PBT Selangor akan diturunkan untuk kerja pembersihan sebaik air surut bagi pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal,” kata Mohamed Azmin.-Siakapkeli.com.my

Related Post



Post a Comment