Seorang Individu Terlibat Sebar Berita Palsu Banjir Sudah Ditahan - KPN

Posted by Sosej Roll Blog





SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu yang terbabit menyebar berita palsu mengenai bencana banjir.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat di Kuala Lumpur, dua hari lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan siasatan masih dijalankan.

"Individu yang menyebar ini ramai, lebih dari empat orang. Kita sedang kesan mereka ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Redland Aviation Service Sdn Bhd, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di sini, sebentar tadi. - BH Online

Related Post



Post a Comment