Tips Untuk Selamatkan Barang Elektik Anda Yang Tenggelam Banjir. Jangan Buang Barangan Tersebut Dahulu

Posted by Sosej Roll Blog






Banjir semestinya akan merosakkan pelbagai barang didalam rumah yang ditenggelami banjir. Bila surut pasti anda akan dapati peti ais, televisyen, meisn basuh dan pelbagai barang elektrik lagi berselerak dan kotor.
Nasihat admin anda jangan buang semua itu dan jangan sesekali mencuba dahulu dengan elektrik sama ada boleh dipakai atau tidak.

Disini kami akan berkongsikan kepada anda cara-cara untuk menyematkan peralatan elektrik tersebut. Tapi admin tidak jamin ia 100% berkesan kerana kita perlu tangok keadaan kerosakkannya juga.

Apa yang harus anda lakukan?

1 .Kumpul semua peralatan elektrik anda, Jangan sesekali cuba hidupkan dahulu.


2. Bersihkan lumpur-lumpur dan kotoran yang melekat pada peralatan elektik tersebut dengan pancutan air.


3. Buka penutup atau apa-apa sahaja yang boleh dibuka contoh kipas meja. Anda buka cover belakan dan sembur air untuk cuci kotoran yang masuk didalamnya. Jika terdapat kotoran degil gunalah benda-benda lembut seperti span untuk mencuci. Jangan sesekali menyental dengan kasar.


4. Selepas anda rasa sudah bersih, jemur peralatan tersebut dibawah cahaya mata hari sehingga betul-betul kering. Mungkin dalam masa 2 hingga 3 hari. Lagi baik jika menggunakan pengering rambut untuk pastikan ia betul-betul kering.(Termasuk dalam plug)


5. Pasang semula peralatan anda dan dah boleh test samaada peralatan anda itu hidup atau tidak. kalau tidak hidup jawabnya boleh beli baru.

Tips ini telah dikongsikan oleh seorang mangsa banjir yang berlaku di Kedah pad 2005 dahulu iaitu saudara Al Khansa(Nama Facebook), dimana beliau memberitahu dengan kaedah ini 90% barangan elektrik dirumahnya yang tenggelam dahulu boleh diguna semula.-Siakapkeli.com.my

Related Post



Post a Comment