Jalan Baru penghubung antara kampung di Pulau Redang bakal dibina

Posted by Sosej Roll Blog


IMG_4000

Penduduk di Pulau Redang bakal menikmati kemudahan jalan raya baru apabila kerajaan negeri bersetuju membinanya yang menghubungkan antara kampung tersebut dengan kawasan-kawasan peranginan di pulau itu.

Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik berkata, laluan sepanjang tiga kilometer yang bakal dibina tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat di Pulau Redang dimana ianya merupakan salah satu pusat peranginan tersohor di Malaysia.

“Kita mempunyai kira-kira 17 resort di Pulau Redang, tetapi apa yang dapat kita lihat, manfaatnya tidak sampai kepada masyarakat kerana pelancong yang datang terus menggunakan jeti resort masing-masing.

“Dengan adanya jalan raya yang menghubungkan kawasan kampung dan pulau peranginan masyarakat turut dapat merasai manfaatnya dengan membuka kedai-kedai cenderamata, kedai makan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Taklimat Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Rumah Peringkat Kuala Nerus di Dewan Serbaguna Kampung Gong Lingai, semalam.

Menurut Azmi, laluan untuk membina jalan raya itu juga telah dikenal pasti dan ia hanya membanitkan tanah rizab kerajaan tanpa melibatkan tanah penduduk atau persendirian.

“Segala proses membabitkan laluan yang akan dibina jalan raya itu lebih hampir selesai dan sekarang kita tunggu untuk mengankat permohonan kepada kerajaan pusat dan dijangka ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Justeru, saya berharap penduduk terutamanya golongan muda bersedia untuk mengambil peluang ini, termasuk usaha untuk menjana pendapatan,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat di pulau peranginan itu disaran lebih bijak mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan masing-masing dengan pelbagai sector ekonomi yang bakal dibuka nanti-teganukita

Related Post



Post a Comment