jawab setiap persoalan rakyat mengenai GST-NAJIB

Posted by Sosej Roll Blog



Najib jumpa dengan pegawai-pegawai Kastam

KUALA LUMPUR 30 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks JKDM di sini bagi meninjau persiapan akhir jabatan itu menjelang pelaksa­naan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) Rabu ini.

Beliau yang hadir sempena program walkabout turut melancarkan buku bertajuk Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai GST (FAQ GST) dan Pusat Akses Pembayar Cukai GST (TAP GST) yang akan dimuat naik di laman www.gst.custom.my untuk kemudahan orang ramai selepas ini.

Yang turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewa­ngan, Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengingatkan setiap kakitangan JKDM supaya bekerja dengan penuh profesio­nal dan melakukan yang terbaik untuk menjawab setiap persoalan yang timbul mengenai GST.

“Amanat beliau adalah supaya pegawai bekerja dengan profesional dalam menjawab pertanyaan oleh rakyat, memberi nasihat dan buat kerja yang boleh membantu sektor perniagaan terutamanya dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka.

“Jadi, apabila Perdana Menteri datang, ini membangkitkan semangat pegawai-pegawai kita untuk bekerja lebih gigih lagi terutamanya dalam memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu.

Menurut Khazali, JKDM turut melancarkan video multimedia mengenai cara-cara mengemukakan penyata dan bayaran GST yang dapat membantu peniaga apabila tiba tempoh percukaian kelak.

“Video ini membantu mereka yang perlu mengemukakan penyata bermula 1 Mei depan dan panduan bagaimana me­nuntut kembali cukai kredit input yang telah disediakan daripada JKDM,” katanya.

Khazali berkata, meskipun JKDM telah bersedia sepenuh­nya dalam melaksanakan GST, pihaknya tetap melakukan beberapa penambahbaikan di pejabat-pejabat jabatan itu untuk memastikan segala pertanyaan orang ramai dapat dijawab.

Jelasnya, di Kompleks JKDM, 10 lagi pusat bantuan operator dibuka yang akan beroperasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari manakala di pejabat JKDM setiap negeri, sekurang-kurangnya satu khidmat bantuan operator baharu ditambah.

Dalam pada itu tambahnya, proses pengambilan sebanyak 1,600 kakitangan JKDM baharu yang telah diluluskan kerajaan masih diteruskan dengan seba­nyak 800 daripadanya akan diambil dalam tempoh tiga bulan akan datang- utusan.com.my

Related Post



Post a Comment