10 Barang Yang Boleh Melindung Keperluan Peribadi

Posted by Sosej Roll Blog

10 Barang Yang Boleh Melindung Keperluan Peribadi

Pada zaman sekarang terlalu banyak orang yang suka mencuri barang peribadi orang lain. Kecurian ini berlaku hampir setiap hari dan juga setiap tempat termasuklah tabung-tabung masjid dan juga kehilangan pen drive di universiti ( ni kes nak curi assignment member). Jadi disini ada 11 barang yang boleh membantu kita untuk melindungi barang-barang peribadi kita.

1. Kamera Litar Tertutup Palsu


Kalau pencuri tengok rumah ada CCTV dia akan fikir banyak kali nak masuk, jadi nak kisah apa palsu ke tidakkan? Janji kita dah berjaya tipu pencuri.

2. iPod Case Yang Seakan-akan Walkman Tahun 80-an


Takut menarik perhatian pencuri barangan antik pula. HAHAHAHA

3. Kamera Digital Yang Hodoh


Percayakah anda bahawa ini ada kemera baharu. 

4. Biometric USB Flash Drive


Haaa, aku pun nak benda ni. Lepas ni orang dah tak boleh dah nak curi assignment kita, melainkan dia curi dengan tangan-tangan kita sekali. 

5. Ironkey USB Flash Drive


Percayakah korang USB ini akan meletup sekiranya 10 kali kata laluan yang salah telah dimasukkan. Sangat sesuai untuk simpan gambar ex korang, kalau 10 kali mak we korang salah masuk password. BOOMMM! 

6. Postal Envelop Notebook Sleeve


Menarik, tapi jangan bawa ke pejabat pos. Takut tersalah pula nanti, nak pos surat terpost laptop. HAHAHAHA

7. Newspaper Laptop Sleeve 


Mohon keluarkan versi Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, Sinar Harian, Harakah, dan semua akhbar tempatan. 

8. Plug Mug

Kalau korang ada roomate yang reti guna cawan korang tapi tak reti nak basuh. Aku cadangkan korang beli cawan ini. Sangat-sangat membantu. 


9. Soket Elektik Rahsia


Paling menarik dan aku rasa berkesan kalau letak dekat rumah. Yelah kalau perompak masuk dia mesti nak cari peti besi, mana ada datang nak charge phone betul tak?

10. Plastik "Berkulat"


Haa ni sesuai kalau korang ada member yang suka minta "belanja makan". 

Related Post



Post a Comment