10 Pekerjaan Yang Sudah Tidak Lagi Wujud
Tukang Susun Pin Boling
Tukang susun pin boling ini kebiasaannya adalah dari kalangan kanak-kanak yang diupah oleh pusat boling untuk menyusun pin-pin boling pelanggan di situ.
Kalau aku kerja macam ni, aku paling suka kalau orang main masuk longkang.
HAHAHAHAHA
Jam Loceng Manusia
Mereka ini dibayar untuk memastikan setiap orang bangun tepat pada masanya untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Mereka mengunakan galah, belantan atau batu kerikil (kecil, seolah-olah menyumpit) dan untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur dengan mengetuk tingkap rumah.
Sebenarnya, pekerjaan ini masih wujud lagi. Tapi sekarang yang mengalas tugasan ini tak lain tak bukan, ibu-ibu dan juga isteri-isteri (termasuklah mak aku).
Pemotong Ais
Sebelum peti sejuk moden diperkenalkan, pemotong ais ini akan mengergaji ais di tasik beku untuk orang ramai gunakan pada bilik simpanan bawah tanah.
Nampak macam seronok je kerja dia orang ni. Tapi bahaya.
Pendengar Pra-Radar Pesawat Musuh
Sebelum radar dicipta, tentera menggunakan cermin akustik dan alat pendegar seperti ini untuk mengesan bunyi enjin pesawat musuh.
Boleh guna binatang ni nak dengar jiran belakang rumah mengumpat kita. HAHAHA
Penangkap Tikus
Di Eropah, mereka mengajikan pengakap tikus untuk mengawal populasi tikus. Mereka ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dari jangkitan tikus, tetapi mereka sangat berjasa kepada masyarakat kerana berjaya mengawal jangkitan itu merebak dalam kalangan penduduk tempatan.
Kiranya, dia orang ini macam polis lah juga ye tak?
Tukang Memasang Lentera
Sebelum lampu elektirk dicipita, mereka ini ditugaskan untuk menghidupkan, menambah minyak tanah dan memadakan api lentera.
Fuhhh, bayangkan kalau ada 100 tiang lampu untuk satu kawasan perumahan.
Pemandu Balak
Sebelum wujudnya lori balak, balak di pindahkan melalui sungai. Abang-abang ni lah yang akan pandu dan pantau ke mana balak tu akan pergi.
Awesome!!!
Pengendali Papan Suis
Pengendali papan suis adalah penting dalam operasi rangkaian telefon sebelum teknologi moden menjadikan mereka ketinggalan zaman. Mereka akan menyambung panggilan jarak jauh dan melakukan perkara-perkara lain yang kini dilakukan secara digital.
Mesti tension kerja macam ni.
Resurrectionist
Resurrectionist, ditugaskan pada kurun ke-19 untuk mengambil mayat dari tanah perkuburan untuk kegunaan unversiti bagi tujuan pembelajaran.
Kerja yang seram lagi menyeramkan~
Penghibur Pekerja Kilang
Mereka ini ditugaskan untuk memastikan setiap pekerja akan sentiasa terhibur. Mereka akan membaca cerita, jenaka atau apa-apa sahaja yang boleh menghiburkan hati semua pekerja.
Kalau sekarang ni orang ni lebih kurang macam DJ radio lah.
terbaek nye pekerjaan... hahaha
Post a Comment