3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita Hospital Bentong!

Posted by Sosej Roll Blog


Bentong: Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong di sini, baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri.
Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya boleh digunakan kakitangan hospital. Orang awam tidak dibenar menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan.



“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.
P/s:sedar lah yang dunia ni sementara kenapa lah ade orang tergamak nak buat macam gini

Related Post



Post a Comment